Thursday, October 27, 2011

daging lemak berkrim disukai ramai (amboi. tajuk. kelass kau nyahhh)

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang musim hujan(apa kena-mengena???). aku tengah cuti semester. and aku tak kerja. maka, badan pun semakin mengembang. sob3. so sad. kalau tak dah boleh kumpul duit untuk shopping sakan beli bra, panties, Libresse untuk next sem kan. erk. barang tak boleh lagi feminin ke?

Okey. aku memang gila shopping. so perlu kerja untuk dapatkan duit. tapi nak buat camane, takde transport nak kerja, so aku stay kat rumah flat tingkat empat milik keluarga aku je.
Apa aku buad sepanjang cuti? makan tido berak? of course lahh. tapi bukan semata-mata tu je.

Waktu cuti ni waktu terbaik untuk asah skill sebagai suri rumah. tahu tak amende suri rumah?
hah, suri rumah tu bukannye perempuan yang bernama SURI. dan bukan juga lisa SURIhani. kehkeh.
Suri rumah ni macam mummy2 korang la. Isteri yang menguruskan hal rumah tangga.
Layan laki, kemas rumah, basuh2 baju, masak2, layan anak n etc..

So, cuti ni aku byk buat kerja2 yang suri rumah buat. bezanya cuma aku takde laki.
haishh. bila lah orang nak masok meminang ni.. and aku takde anak.
konfem lah kan, tak kawen camne nak ade anak pulak?? anak tekak ado laaa.

By the way, kita masuk topik memasak nak tak? aku tak pandai mane memasak ni, tapi stakat lauk pauk tu boleh la thumbs up! ^^
aku suke memasak! sebab boleh makan. nyum nyummm.

Berkenaan tajuk entry hari ni, sebenarnya aku nak share satu resepi yang bagi aku awesome!
sebab.. resepi ni mudah dimasak, tak ambil masa yang lama dannnn (drumroll please)... sedap dimakan!
Buat perempuan2 yang tak reti masak kat luar tu, xpe, mulakan dengan menu ringkas macam ni.
lelaki nak masak pon bole, mesti awek kau caer nyahh bila dapat tahu boifie dia boleh memasak. naek saham kau!

Daging goreng kunyit nama dia. tapi bukan daging goreng kunyit biasa tu ehh, ini special punye!
kalau tak suka daging, boleh gantikan dengan ayam. tapi kalau daging lagi sedap nokk!
lemak berkrim disukai ramai. abang aku cakap rasa dia macam rendang. hihihi. kembang semangkuk -,-


 DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya:

500 gram daging lembu dihiris nipis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar/bawang merah (dimayang)
6 biji cili padi (ditumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu cuka
Garam, gula dan perasa.


Cara-caranya :

1- rebus isi daging. air jangan letak banyak, setengah cawan pun cukup.
2- angkat daging tu beserta air rebusan dia.
3- panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan serai hingga naik bau.
4- masukkan isi daging tadi. goreng dan masukkan serbuk kunyit. masukkan air rebusan daging sedikit demi sedikit.
5- letakkan garam, gula, cuka dan perasa. oh ya, kalau tak suka cuka, guna air asam jawa pon bole.
6- kacau hingga kering air dan bila daging dah empuk bolehlah angkat dan hidang! makan time :)


taraaaaa~ inilah hasilnya. makan dengan nasik panas, plus petai.
perghh, mak mentua lalu pon xperasan weh!


Senang gila kan? hehe. Selamat mencuba ^^

2 comments:

Abdullah Arif said...

memang tak susah baca entri kau dgn gabungan warna yang memukau. cet.

♥ julie zulkilee ♥™ said...

ahh. yang penting resepi tuh :)

Post a Comment