Wednesday, February 1, 2012

Pilihan dan dilema

Assalamualaikum. 

Blog yang kosong tanpa entry, sekosong jiwa aku saat ini.
Aku tak kesah kalau tiada yang membaca bait-bait penulisan aku di blog.
Tujuan aku menulis hanyalah untuk berkongsi rasa.
Tapi kalau ada yang sudi membaca, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan.
Aku bukan penulis tegar.
Namun pabila tikanya aku rasa sunyi tiada teman bercerita,
blog inilah tempat yang aku tuju.

Dalam kehidupan yang sekejap cuma ini, kita akan mengalami pelbagai perkara yang membantu mematangkan diri kita.
Dalam kehidupan juga, terlalu banyak perkara yang memaksa kita membuat pilihan.
Dilema itu selalu hadir bersama-sama pilihan yang harus kita lakukan.

Kadangkala, pilihan yang diambil membuatkan kita gembira, tapi kadangkala ada juga pilihan yang kita ambil membuatkan kita menyesal di kemudian hari.
Kadangkala, pilihan itu menyakitkan  hati aku. tapi aku tahu, di sebalik kesakitan tersebut, Allah menyelitkan hikmah di sebaliknya.

Sebagai seorang penganut agama Islam, aku berserah kepada Allah yang Maha Esa. Keputusan yang aku buat, terutamanya berkaitan perkara-perkara penting dalam hidup aku, selalunya aku dahului dengan doa, memohon petunjuk daripada Allah supaya bantu aku membuat keputusan yang betul. Dan akhirnya pabila aku yakin ianya tepat, aku capai satu konklusi yang membawa aku sehingga kini.

Malam sudah berlabuh, tapi kepekatan suasana hitamnya dan keempukan tilam langsung tak dapat menggoda aku untuk melelapkan mata. Fikiran aku berkecamuk memikirkan hari esok, lusa dan masa depan.

Pengajian diploma aku hampir tamat tempohnya. Pejam celik dah 3 tahun aku di Jengka. Aku mahu meneruskan pengajian di peringkat ijazah pula, tapi persoalannya, di mana? Dilema antara persahabatan dan keinginan diri. Ikut kemahuan aku mahu mencuba nasib di tempat lain selain Jengka, mahu merantau cari pengalaman kata orang. Tapi apabila difikir-fikir, sayang mahu meninggalkan kawan-kawan yang mahu meneruskan ijazah mereka di sini.

Itu baru perihal pengajian, tidak termasuk dilema lain lagi. Bingung. Masih bingung. Biarlah, aku harap Allah akan memberi petunjuk kepada hamba-Nya yang lemah ni.

Apa jua pilihan dan dilema yang kita hadapi dalam hidup, fikirlah semasaknya sebelum membuat kata putus. Jangan pernah lupa yang Allah itu sentiasa di sisi. Walaupun di saat orang lain menghindari kamu, Allah masih setia menanti.




muka sangat serius =,=

0 comments:

Post a Comment