Friday, April 6, 2012

Coretan dari Gunung Rajah dan Fraser's Hill

Assalamualaikum. 

Pengajian diploma sudah tamat tempoh. Aku dah merdeka! wohoo. Result belakang kira. Yang penting aku dah cuba jawab sebaik mungkin soalan exam. Walaupun last paper macam gampang. Siapa lah yang wujudkan subjek audit, subjek paling gampang. haish.

Bukak topik pokok. Aku nak kongsi satu pengalaman emas. kenapa emas? bukan perak, gangsa, atau besi? Sebab orang cakap emas tu berharga. Pengalaman yang aku lalui minggu ni, tak mungkin luput dalam kotak memori.

2 hingga 4 April 2012, tarikh keramat. Aku pergi daki Gunung Rajah, lokasi di Bentong, Pahang. Siapa yang belajar Kajian Tempatan mesti pernah dengar nama gunung ni. Dengan ketinggian1685 meter (5526 kaki), bukan mudah nak tawan gunung ni. 5 April pulak, aku melawat Fraser's Hill.


Di pertengahan perjalanan menuju ke puncak. Pose dulu :)


Aku cuba tuliskan dalam bentuk notes supaya korang mudah baca dan tak bosan ye.

1. Hiking memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Seminggu before hiking, jogging lah. carik stamina. Tapi aku sempat jogging 2 hari je. pffft, pemalas!

2. Pada 2  April, aku ambil bas gerak dari Pekeliling, KL dengan girlfriends yg join mendaki sama pada pukul 8.30 pagi. Sampai di Bentong lebih kurang pukul 10 pagi. Breakfast kat kedai makan kat stesyen bas tu juga. Nasik goreng dengan teh tarik RM 2.50. save budget!

3. After makan, kami pergi Pasaraya TF apekemende namenye utk carik barang2 keperluan mendaki yang masih tak lengkap. Barang2 lagi kurang lagi bagus, ringan siket bag. Bagi korang yang first time hiking, antara barang penting kena bawak adalah :

- Kasut getah. biasa harga RM 8.00. sangat bagus kalau guna untuk mendaki hutan hujan sebab tapak mudah cengkam.
- Slipper
- Personal First Aid kit ( includekan salonpas, nnt sakit otot tampal je salonpas bebanyak. ubat sakit perut jgn lupa)
- Sleeping bag
- Baju hujan ( boleh guna sebagai pengganti telekung juga untuk perempuan)
- Stoking panjang (bawak banyak, spare)
- Chocolate bar, gula2
- Pisau serbaguna
- surah Yaasin (pelindung diri)
- Insect repellant and sunblock (untuk yg menjaga kulit)
- Glove ( supaya dapat lindungi tangan)
- wet tissue ( multi function. nak basuh berak pon senang. haha )
- Air masak, energy drink and glucose (belilah glucose yg mahal siket dan ade perisa, baru berselera nak minum)
- T-shirt hiking ( tak perlu banyak, rotate gune untuk byk hari pon xpe)
- Berus gigi dan ubat gigi
- Torch light
- Sweater ( penting ni, kalau sleeping bag basah, bole selimut pakai sweater)
- Tupperware dan cawan
- Deodorant
- Pakaian tdo
- Plastik. banyak2 pon xpe

4. Kalau nak bawak handset dan kamera, bawak yg cikai2 je. bungkus dalam plastik. jangan jadi macam aku, handset ngan kamera jahanam tercelup air sungai. Haihh. One more, tak payah nak gedik2 kat hutan. Tak sesuai langsung der.

5. Sebelum hiking, buat senaman warm up and baca doa mintak perlindungan Allah. Betulkan niat. kami mula mendaki pukul 2.30 petang. hujan renyai2 masa  tu. Cuak. Starting sahaja jalan dah mencanak. lelah dibuatnya. Perjalanan merangkumi perkampungan Orang Asli, lereng bukit yang curam, tanah2 lembik, jalan kayu balak, sungai2, dan air terjun yang cantik.

6. Perjalanan sangat mencabar sebab beg berat gilaaa. Banyak bergantung pada dahan dan akar2 pokok untuk berpaut. banyak kali jugak aku terjatuh, calar dan lebam tu biasa. aku banyak kali berhenti, lenguh kaki, pinggang dan bahu. Peserta lelaki jalan sangat laju, untunglah stamina dorang kuat. Selangkah diorang, dua langkah aku. Terpaksalah berjalan juga walau kaki lenguh. Nasib baik Ayep dan Naz sudi exchange bag dorang yang lebih ringan dengan aku. Sayang korang :)

7. Aku rasa dalam trip macam ni, perlu ade team mate yg ala2 Fadzilah Kamsah. sebab boleh jadi motivator untuk ahli2 lain. Seriously. nasib baek ade Irsyad. ayat dia " LAGI 5 MINIT NAK SAMPAI DAHH '', and '' SIKIT JE LAGI, SIKIT JE LAGI NAK SAMPAI '' tu buat kitorang rase tak putus asa nak daki gunung ni. and ayat dia tu walaupun paling tak boleh percaye (5 minit dia maknanya 5 jam lagi lahh), at least dapat buat kitorang punye semangat berkobar2 sebab psycho en. ayat tu jugak buat kitorang tergelak2 dan akhirnya jadi bahan untuk dimenganjingkan. hahahaha.

8. Dekat hutan, kami solat secara qasar dan jamak. pada siapa yang tak tahu, google dulu cara2nya before pegi hiking.

9. Kami sampai dekat camp site Lata Naning lebih kurang pukul 7 petang. sangat best sebab camp site tepi sungai. senang nak amek air dan mandi. Minum air sungai tu rasenye macam air mineral. tapi kaler agak kekuningan laa.

10. Malam2 lepas makan lepak atas batu tepi sungai ramai2, berborak buat forum macam dekat warung kopi. sangat syok! merapatkan silaturrahim sesama peserta. Lagi best kalau dapat team yang sporting macam team aku ni. Sir Zul, Abg K, Abg Toi, Ayep, Aizat, Irsyad, Aman, Naz, Aya, Syana and Dira. semua kepala gila-gila. Layannn

11. 3 April. Second day hiking nak naik puncak walaupun tak bawak beg besar, lagi memenatkan drpd 1st day. Mencanak wehh. Paling bahaya bila daki batu guna tali. betul2 tepi gaung. Kalau terjatuh memang Innalillah. aku selawat banyak2 masa nak naik pakai tali tu.

12. Bila dah sampai puncak Gunung Rajah, sangat laaaaa sejuk! tapi puas hati. penat semua dah lupe. kabus agak tebal. Nikmat betul makan nasik goreng masakan Abg K dan minum hot lemon tea di situ. Tapi kami tak lama kat puncak, dalam setengah jam je. cuaca tak berapa elok. Hari hujan, kami mendaki turun dengan badan menggigil kesejukan.


Tu diaaaa. Puncak Gunung Rajah. kabus tebal. tapi view depan mata lagi cantik drpd dalam gambar.

13. Dah laa hari hujan, nak sampai ke camp site terpaksa cross river. air deras gilo. cross pakai tali. fuhhh. lagi satu babak ngeri kat sini. aku rase nak nangis tapi tahan je, dengan bantuan Abg K dan Abg Toi, kami semua selamat menyeberang tapi beg berisi barangan berharga habis lencun. Ni semua gara2 kami budak2 perempuan salah mengerti. Abg K, guide kami, dia suruh bawak brgn berharga naek puncak. kami ingatkan duit, kamera, enfon smue. tapi barangan berharga kat hutan maksudnya adalah makanan. Ni Irsyad yg cakap lah. Kan dah jahanam nfon n kamera aku. adeh. naseb, naseb..

14. Aku belajar resepi baru drpd Abg K, sardin masak kari. Pakai bahan2 instant je semua. Cili tumis instant, santan instant, sardin dalam tin. boleh la try masak kat umah. aaa. thanks Irsyad sebab kau tolong masak sayur ngan kari. nasib baek sedap! hehe

15. Kerjasama sangat penting. Jangan buat selfish dalam hutan. Tak bagus langsung. Aku beruntung sebab team mates semua ringan tulang.

16. 4 April. Bila otw mendaki turun, rasa sedih pon ade. Happy pon ade. Sakit pon ade. kaki dah kejang. tapi perasaan sayang nak tinggalkan gunung tu lagi kuat. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mendaki. haha. mungkin sebab tu orang Asli suke duduk kat hutan kot. sebab dorang nak menikmati keindahan alam setiap hari. Agaknye lah kan.

17. Ekspedisi tamat jam 3 petang. fuhh. lega bhai. Alhamdulillah, semua selamat.

Tu lah sedikit sebanyak coretan aku semasa berada di Gunung Rajah.. Selepas mandi manda dan sembahyang, kitorang gerak pergi makan pulak kan Bandar Bentong. Korang perlu ingat, kedai makan no. 7 ( aku tak tahu name ape, tp kedai masakan kampung ) makanan dia mahal! jangan pergi sana. geram aku, kaw2 tokey kedai tuh charge harga mknn kitorang.

Dah siap makan, kitorang separate dengan Abg K and Abg Toi kat sini. Aku and Jengkarians gerak pergi Fraser's Hill pulak. Sir Zulfikri belanja. Terima kasih banyak Sir! Ini first time aku jejak kawasan tu. Malam tido kat apartment tak de air cond pon tapi sejuk mengalahkan air cond. Aku terpaksa tido pakai sleeping bag. Iye, sleeping bag dalam bilik hotel, style kott!

Fraser's Hill sangat cantik, bandar ala2 English style. tapi bab kedai makan tutup awal sgt waktu mlm tu tak best. tak bole la lepak2 makan roti canai en. Pagi pulak kedai bukak lambat. pfftt. leceh. Tapi sempat jugak laa kitorang beli souvenier buat balik.

Mencapub depan rumah pencawang elektrik TNB. iye, blakang tu TNB weh, punye lah style bangunan dia.

Ape pon, ni merupakan antara memori terindah dalam hidup. Semasa hiking, kita boleh kenal siapa betul2 kawan kita. Boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Boleh merasa kesusahan nenek moyang kita dahulu yang tinggal di pinggir sungai. Boleh rase kejang kaki. ehh, ahha. gurau je. malas exercise, kejang la jadinye.

Aku rasa ini adalah yang pertama dan terakhir aku hiking. tapi kalau rindu singgah di hati, dan punyai team sebagus team kali ini, mungkin aku akan pertimbangkan untuk pergi hiking gunung yang lebih tinggi. mane bole hiking gunung lagi rendah kann, jatuh aa standard aku. haha. berlagakkkkkk

Okey, thanks for reading. kalau ada pengalaman hiking, sudi2 lah share dengan aku ya. Till then, jaga diri elok2 ye semua :)

6 comments:

Anonymous said...

cite aku masak kari, sayur.. aku bersusah payah motivate x cite ke? haha.. satu lagi aku nak komen first ayat kau.... `diploma sudah tamat tmpoh`... .............ape tu?

cweety kadbury said...

best giler siot..:)

nuhida91 said...

julie, bape lme daki gnung tuh?

♥ julie zulkilee ♥™ said...

Irsyad: haha. sorry bro. nanti aku edit post ehh. panjg gila wehh nak crite smue. diploma tu typo, aku dah edit, actually pengajian diploma :)

♥ julie zulkilee ♥™ said...

cweety: best sangat! kau ajak laa budak sport rec pegi pulak pasni

♥ julie zulkilee ♥™ said...

nuhida: kami pegi 3 hari 2 malam.. dari camp site nak daki ke puncak gunung tu 5 jam :)

Post a Comment