Tuesday, May 29, 2012

Kelebihan Ayat Qursi



Assalamualaikum.


Sumber : Google



Umat Islam pasti tahu apa itu ayat Qursi kan?
Surah yang terkenal ini sebenarnya mengandungi banyak kebaikan.
Bukan surah ini sahaja, bahkan semua ayat dalam kitab suci Al-Quran sangat bagus dibaca dan dijadikan amalan harian. Kita harus sentiasa ingat Allah S.W.T. dalam apa jua situasi dan surah ini merupakan satu medium atau doa untuk memohon perlindungan kepada-Nya.
Aku bukanlah seorang yang warak, bukan mahu berlagak alim, aku cuma insan biasa, bukan juga hafazan Al-Quran. Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari untuk aku sampai ke tahap itu.
Setakat ini hanya surah-surah pendek yang aku mampu hafal.
Entry kali ini sekadar perkongsian sekelumit pengalaman yang aku lalui, kisah kelebihan ayat Qursi ni.
Sebenarnya banyak lagi perkara menakjubkan yang aku dapat sepanjang
aku amalkan ayat Qursi ni tapi terlalu panjang nak cerita.
So aku share sikit2 je laa eh.

Dulu aku tak hafal ayat Qursi ni. Setiap kali nak baca mesti aku kena refer buku semula.
Kalau tak silap masa umur 17 tahun, selepas habis peperiksaan SPM baru aku dapat hafal.
Bila dah hafal, pergi kemana-manapun aku selalu baca Ayat Qursi. jadi satu habit.

Pengalaman 1:
Masa lepas SPM, aku bekerja sebagai cashier di sebuah restoran tomyam di Kuantan.
Aku masuk kerja pukul 5 petang dan selalunya aku balik paling lambat daripada orang lain,
restoran tutup pukul 2 pagi. So aku akan balik dalam 2.30 hingga pukul 3 pagi sebab nak kira duit dan settlekan catatan bil.
Kalau ade duit shot, lagi lambatlah aku balik.Mase mule2 kerja, pergi dan balik abah yang hantarkan.
Tapi aku kesian kat abah, takkanlah hari2 nak amek aku pukul 3 pagi, dia pun kena bangun pagi pegi kerja lagi.Mengantuk.
So alternativenya, aku naik motosikal sendiri untuk pegi dan balik kerja.
Mule2 abah bimbang jugak sebab aku anak dara balik lewat malam sorang2 kan, tapi aku cakap aku berani.
Tapi dalam hati kecut jugak. Sebab kat kuantan dulu aku duduk kat rumah arwah Tok.
Perjalanan balik dari restoran nak sampai ke rumah aku kena melalui jalan kampung yang penuh semak samun di kiri dan kanan.
Gelap dia tak payah cerita laaa. paham-pahamlah, kawasan kampung tak banyak lampu jalan ye, ade dua tiga batang je.
Sangat menakutkan bawak moto sorang2 pukul 3 pagi lalu kawasan tu yang langsung takde lampu jalan.
Kalau lampu moto rosak memang aku cuak gilaaaaaaaaaaaa!
Alkisahnya, setiap malam bila balik keje melalui semak samun tu,
aku akan baca ayat Qursi kuat2 sambil pecut moto dengan kelajuan maksima! hehehe. bunyi macam kelakar, but who cares.
Pukul 3 pagi kott. takde sape nak ketawakan kite lahh. takde orang pon yang lalu jalan tu melainkan aku sorang.
Jarang sangat lah nak berselisih dengan kenderaan lain. So far, sejak aku keje restoran tu selama 6 bulan,
aku tak pernah diganggu semasa bawak moto pagi2 buta tu and adelah sekali dua ternampak sesuatu yang ganjil tapi aku tawakal dan yakin dalam hati, Allah tu selalu ade bersama aku.
Aku ade jugak terdengar cerita orang2 yang diganggu bila lalu kat kawasan tu,
nasib aku sangat baik sebab aku bukan salah seorang daripadanya.
Berkat baca ayat Qursi dan keyakinan pada Allah dalam hati,
Alhamdulillah, syukur. Aku selamat.
Aku cume mampu tersenyum mengenangkan betapa kasihnya Allah kat aku kerana selalu jaga aku :)

Pengalaman 2:
Kejadian ni terjadi di kawasan rumah aku juga di selangor.
Aku takde transport sendiri so kalau nak pegi mane-mane aku bergantung pada public transport sahaja.
So pada suatu hari, aku keluar hang out dengan seorang teman.
Masa aku keluar tu pon dah lewat dalam 4 petang.
Disebabkan dah berjanji, aku keluar juge nak jumpa teman aku tu di KL Sentral.
Dari rumah aku nak ke sana amek masa 2 jam, biasalah public transport kan, menunggu mmg lama.
so bila jumpe teman aku pon dah pukul 6 petang, jalan2 lagi, makan lagi, tgk wyg lagi,
dah pukul 9 malam. Bila nak bertolak balik, train pulak delay.
dekat pukul 10 baru train dari KL sentral nak menuju ke tempat aku sampai. Haih. Dugaan.
Dalam 10 lebih, baru train sampai di stesyen tempat aku.
Tapi nak sampai ke rumah, aku terpaksa naik bas pulak.
Bas terakhir adalah pada pukul 11 malam. aku dah cuak dah ingatkan takde bas nak balik.
Tunggu punye tunggu, pukul 11.15 malam baru bas datang.
Dalam hati dah mula rase menyesal sbb keluar lambat ptg td.
Bila keluar lambat automatik lah balik lambat. aduh. First time balik lewat macam ni.
Mama dah mula call tanya bila nak balik, risaukan aku. Aku pon risau jugak pasal diri aku.
Nak amek teksi untuk balik lagi aku takut. Kalau naik bas rase selamat sikit sebab ramai2 kan.
Then bila dah naik bas tu aku baca ayat Qursi banyak2 supaya Allah lindungi aku.
Tak lekang sikitpun dari mulut. aku turun dari bas bila bas sampai di bus stop kawasan perumahan aku, jam dah menunjukkan pukul 11.40 malam.
Untuk sampai ke flat aku, aku kena jalan kaki dalam 10 minit, barulah sampai.
Tapi 10 minit tu, jalannya sangat sunyi. Perumahan tu banyak anjing liar, takut sangat2 dalam hati.
Selalunya kalau aku balik malam, bila sampai di bus stop, aku akan naek teksi je sampai rumah.
Mungkin sebab dah lewat, takde sebijik teksi pon yang menunggu di bus stop tu.
Aku pon dengan bacaan ayat Qursi masih di mulut, terus tawakal jalan kaki laju2 untuk balik.
Bimbang diculik. Bimbang diganggu dalam perjalanan. bimbang terserempak dengan anjing liar. semua ade dalam fikiran.
Alhamdulillah, berkat ingatan pada Allah, perjalanan aku selamat. Walaupon jalan agak kelam dan sangat sunyi, takde ape2 gangguan. Cuma memang ade terserempak dengan anjing liar.
aku hampir tak nampak anjing tersebut sebab suasana gelap sangat
dan hampir terpijak anjing tu, nasib baek laa anjing tu tak kejar aku.
Dia duduk diam je seolah-olah tahu aku tak suka dia. hehe :p

Pengalaman 3:
Semasa aku menuntut di UITM Jengka, aku tinggal di asrama.
Oh ya, untuk pengetahuan korang, jengka ni mostly kawasan hutan dan kelapa sawit.
Asrama aku jugak dikelilingi hutan. Dan mungkin sebab tu UITM jengka mendapat jolokan 'KAMPUS KHAZANAH ALAM'.
Maklumlah, bila kawasan hutan je, memang agak keras sikit.
Aku dan beberapa kawan adalah pernah ditindih 'sesuatu' semasa tidur.
Dan kadang-kadang ade kesan lebam di badan. Kata orang, itu kesan gigitan h***u.
Allahualam. aku dan kawan aku pon tak tahu apa sebenarnye kesan lebam tersebut.
Sejak daripada tu, aku selalu amalkan doa tidur dan ayat Qursi sebelum tidur.
Mohon perlindungan daripada Allah. Alhamdulillah, kejadian ditindih tu berkurangan.
Aku ni pon jenis yang suka tidur lewat. kadang-kadang sebab siapkan assignment.
Tapi selalunya sebab online. hehe. Masa tu semua kawan2 aku dah tidur, tinggal aku sorang.
Ade jugak rase macam tak sedap hati. Nak pegi toilet pon rase takut.
Tapi bila aku duduk sorang2 tu aku bace doa dan ayat Qursi rase tenang je.
InsyaAllah, bila ingat Allah, memang akan selamat, Alhamdulillah :)


Haaaaa. amacam? best tak? hehe.

Dari sudut pengalaman aku, bila selalu ingat Allah dan amalkan ayat Qursi ni pon, bukan sahaja sentiasa dijaga Allah, bahkan Allah juga banyak memudahkan urusan aku.
Rasa secure bila kita yakin akan Maha Pencipta sekalian alam ni.
Ayat Qursi juga bagus dibaca selepas solat. Banyak fadhilatnye, korang boleh la google ye.
Hafal dan fahami maksudnya, itu lebih bagus.
Semoga entry ini bermanfaat untuk pembaca.

Till then, take care korang :)



1 comments:

yanie.yuhuu said...

amboi,,,kemaen besar tulisan,, x ya pakai spek nak bace blog julie ! =)

Post a Comment