Tuesday, September 13, 2011

PERIHAL KAWAN.


"Berkawan biar berjuta, bercinta biar beribu, berkahwin biar satu"  - Julietma Gandhi (bukan nama sebenar)
Assalamualaikum.

Baiklah. abaikan quote merepek di atas kerana kewujudannya cumalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dgn yg masih bernafas, ataupun yg sesak nafas a.k.a semmmputttt (ala-ala Sepah Maharaja Lawak) atau juga yg sudah menghembuskan nafas selama-lamanya. 

Aku ade bende nak sembang dengan kau org malam2 bute nih. open table jommm. anggap sahaja kita di warong hujung kampung sambil menikmati kopi janda ditemani bunyik cengkerik okeh? aelah, mentang-mentanglah aku duduk uitm tepi hutan, dah nak batak dengan bunyik cengkerik. heheh. oryteee. untuk pengetahuan am korang, aku memang seorang (xkan la 2 org pulakk en) yg gila online. merujuk kpd kamus Julieford Fajar edisi 2011, gila online ditafsirkan sebagai:

"sifat seseorg atau seseekor (mungkin) yg sentiasa mengonlinekan diri di laman2 web sooooSIAL. eh ehh. terpanjang harkat pulak. i mean laman web sosial. pagi online. tghri online. ptg online. mlm pon online. xreti2 nak tido ke?" 

Perghh. ganas kamus nih, satu dalam dunia. try pi carik kat KINOKUNIYA klcc nuh, xkn jumpe punyee. aku sorang je adoo wei :)

Berbalik pada topik kawan, aku memang suke berkawan dgn sesiapa sahaja yg boleh dijadikan kawan. aku repeat,  boleh dijadikan kawan. bukannye lawan eh. so untuk menambah friendlist yg xseberapa dlm hidup aku, aku pon mulelah berjinak2 dgn laman web sosial. Semenjak dari form 3 aku dah mula menceburkan diri dalam bidang online2 nih.aku bermula dengan friendster. tapi sgt lahh bosann bai. xtahan lama. aku clash dgn friendster dan meninggalkan ia terkontang-kanting kerana lupa ingatan terhadap kata laluannya. kemudian beralih pula kepada myspace. aku sangat sukaaaa mespes nih satu masa dulu, sbb kononnye mespes lah paling canggih tyme tu. biasalahh. budak-budak baru nak naik...

Tapi, itu cerita lima tahun lepas. sekarang umur aku dah doploh taon. yeah, i knowww. ramai ckp muka aku nmpk cm doblas taon. HAHA. percaya ke? jgn terpedaya dgn penipuan aku okehh. dan beberapa bulan yg lepas, setelah hampir setahun lebih aku tak bukak mespes kerana membizikan diri yg sememangnye x bizi dgn fesbuk, aku teringin nk on mespes aku. tapi poblemnye xingat password! hadoyaii. lepas percubaan kali ntah ke berapa puluh, baru la mespes itu berjaya dibukak dan terpampanglah homepage mespes yg sekarang ala-ala fesbuk tapi masih lembab kalah sipot sedut seperti dulu untuk loadingnye. cett.

Sedihnye tgk mespes. kesian TOM. suasane mespes sunyi sepi mcm dkt tanah kubur kott. dalam ramai2 kawan dlm list aku, cuma ade 4 org yg online. tapi sorang pon aku x kenal. ignore je laa. friends request masih ade. notifications pun berderet. malas ahh layanggg. aku teros bukak comment2 lama kt profile and pictures. misi utama aku, nak jejak balik kawan2 lama kat sane.

tapi sayangnya...

mereka dah inactive kt mespes.. dah lari ke fesbuk kot.

rata-ratanya, status terakhir yg mereka post adalah pd tahun 2010. ada juga yg dah delete account  -__-

tapi untungnya...

ada dalam kalangan mereka yg meninggalkan e-mail fesbuk untuk di-add oleh sebab ketidak aktifan mereka di mespes! haha. bagos!

And salah seorang drpdnya, namanya Amirul Asyraf . I call him Aerul. happynye bila dapat jejak balik kawan mespes! aku pon add laa dia kat facebook. and dye approve. borak punye borak, wahhh, seronok! banyak cerita aku sembang dengan dia. rase mcm dah lame gila kenal. padahal masing2 tak ingat dulu pernah kawan kat mespes. eheh -___-

meet aerul :)
Aerul ni rugby player. tengok body la en, tough tuhh. dia maen rugby since umor seploh taon lagi. now he's twenty. unfortunately, baru-baru nih dia punye tulang ankle patah and dia dah tak boleh maen rugby dah lepas nih. memang sedih, kesian kat dia. aku cuma mampu doakan dia cepat sembuh.. now dia dah boleh jalan tapi still pakai tongkat. xpe, xpe. slow-slow recover okeh? hope ur new semester at KLMU berjalan lancar. good luck dude! Aku nak cerita panjang lagi pasal aerul, tapi takot nanti gf dia jeles pulak! ahaaa. gurau je.

Alryte. itu sahaja harini. thanx for reading. take care guys!


0 comments:

Post a Comment