Assalamualaikum and salam sejahtera..
Pernah tak korang rasa sekadar di pinggiran apabila bersama ngan seseorang yang korang syg?
Itulah ape yg aq rasa sekarang.. Aq selalu terjerat dalam situasi macam ni. bukan sekali, tapi dah berkali-kali. bukan dgn seseorg, tapi ramai org. semestinya hal ni melibatkan hati dan perasaan. pendek kata melibatkan CINTA. tahu tak ape makna sebenar cinta? Cinta Itu Nikmat Tapi Awas. Definisi cinta yg paling melekat dalam minda aq sehingga ke hari ini. Cinta itu luas, subjektif. cinta yg aq sedang bicarakan sekarang adalah cinta sesama insan. antara kaum adam dan hawa. aq cuma manusia yg lemah, tak mampu nak mengelak apabila Allah s.w.t. mencampakkan rs cinta tu dalam hati aq. tapi malangnya, sehingga hari ni, aq hanya sekadar di pinggiran. Tak pernah pun cinta tu benar-benar jadi milik aku..
Setiap kali aq ade perasaan suka kat seseorg, mmg xde luck.. kalau aq try approach seseorg tu pun, tak mungkin aq akan jadi milik dia dan tak mungkin dia akan jadi hak aku. sebab. BARRIERS. yes. mcm2 barriers. dalam bahasa melayunya, halangan. dan endingnye, aq dah dapat jangka. aq cuma akan jadi sekadar di pinggiran. dia cuma akan cari aku bila ada keperluan, bila mana dia rasa bosan berseorangan, saat2 baru putus dgn gf dan saat dia rasa memerlukan seorang teman. itulah namanye SEKADAR DI PINGGIRAN. sinonim bagi melukut di tepi gantang. kan?
Mana pergi dia bila saat aku hiba, bila aq perlukan seseorg sebagai teman bicara, bila aq ingin berkongsi gembira...? Aq pon xpaham kenapa wujud org cmni dalam dunia. sekejap contact, sekejap x. tup2, call or mesej balik.. igtkan sbb ape.. dia call or mesej bukan bertanya kbr. tapi setakat nak mintak share kredit lah. ajak teman beli brg lah. pinjam duit and so onnnnnn. damn! come on. aq bukan anak patung. dan sesiapa yg pernah buat mcm tu, korang bukan NAVIGATOR aq ye. bukan penunjuk jalan untuk aq ikut telunjuk kau sesuka hati. please. aq bukan tempat untuk kau sandarkan di waktu susah sahaja. aq xnak dan aq BENCI dianggap begitu. CONSIDERATION sgt perlu disini. dan untuk ex aq, maaf. bagi aq, ape yg dah putus, tak perlulah disambung semula. sebab, Allah da bagi petanda yg kita mmg takde jodoh.. Dulu pun ko yg tak nak aq, jgn datang meminta sesuatu yg mustahil. jgn jilat ludah kau semula. taw?
Aq tak nak jadi sekadar di pinggiran. aq nak jadi suri dalam hati seorang lelaki. ye. cuma SEORANG. tapi sampai bila aq harus menunggu kalau setiap lelaki yg datang tu cuma sekadar nak jadikan aq tempat persinggahan? aq pun tak mampu menghurai jawapannya. tapi setiap kali aq tersalah pilih, aq selalu beringat bahawa Allah akan temukan kita dengan beberapa org yg salah sebelum menemukan kita dengan org yg betul sebab Allah nak kita ambil pengajaran drpd org yg salah tu.. so aq mesti sabar menanti.. walaupun sekarang aq teringin nak bgtahu seseorg ni yg aq dah terjatuh hati kat dia, tapi aq rs baik aq diamkn saja. biarlah aku pendam sendiri. aku pernah meminati seseorg selama bertahun2. tapi akhirnya aq mengalah. tapi kali ini aq nak cuba lagi. tak salah kan? mn tahu ade luck... hehe. jgn jadi sekadar di pinggiran tapi jadilah permaisuri yang bertakhta di hati org yg korang sayang :)
0 comments:
Post a Comment