Showing posts with label nagging. Show all posts
Showing posts with label nagging. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Man jadda wa jadda

Assalamualaikum.

Selamat malam saudara saudari. cikebum cikebum. ahah.
Penangan LAWAK KE DER masih menguasai diri aku.
Asyik terikut-ikut dialog sketsa tu. Korang dah tengok ke belum?
Kalau belum tengok, pegi lah google di youtube. konfem 2 jam tengok sketsa tu gelak2 tak ingat dunia.

Btw, itu bukan perkara yang aku nak story.
Cerita pokoknya begini. Pasal Sijil Pelajaran Malaysia. ataupun nama manjenye, SPM.
Rakyat Malaysia kalau tak kenal apa tu SPM, baik kau pegi pindah ke negara lain la woi !
Seperti  yang telah diwar war kan, 21 mac 2012 akan diumumkan result nye.
Makanya, adik2 yang amek SPM tahun lepas mesti akan merasa debaran.
Debaran yang sama yang pernah aku rasai 3 tahun lepas.
Ohoi, tak lena tidur beb. Asyik terbayang2 berapa ketul A yang aku akan dapat.
atau berapa ketul E yang menyelit. hehe


dup dap dup dap. semua rasa serba tak kena   -___-''

Kenangan amek result SPM, suatu kenangan yang manis bagi aku.
Kalau tak silap la kan, result biasanya diumumkan pukul 10 or 11 pagi.
Zaman aku dulu, before diumumkan result, cikgu panggil student berkumpul dalam hall sebab dia nak umumkan result pelajar2 cemerlang dahulu.
Time tu aku pegi sekolah dengan abah aku. Tapi abah aku tunggu kat luar kawasan sekolah je.
Nak berborak2 dengan pak guard katanya. Jadi aku masuk hall dengan kawan2.
Masa tu, aku dah tahu result aku awal drpd org lain.
Sebab before masuk hall, aku terserempak dengan encik pengetua merangkap cikgu akaun aku.
beliau bagitahu, "9 ketul, sayangnyaaa..''
Korang paham dok? mesti la tak paham kann.
Meh sini aku bagitahu. Aku amek 10 subjek dalam SPM. maksud encik pengetua tu, aku dapat 9 ketul A je.
1 subjek lagi kantoi dapat B. ingatkan yang dapat B tu subjek akaun.
Sebab masa exam akaun dulu, soalan payah bebenorr. Aku nangis kot masa jawab paper akaun SPM.
Rupa-rupanya, yang dapat B tu paper english. alahaiii. memang sayaaaaaaaang.
Tapi syukur Alhamdulillah, walaupun aku tak capai target, keputusan SPM tu dah buat aku senang hati.

Masa dalam hall, cikgu umumkan pelajar2 cemerlang SPM. dan paling tak sangka, aku jadi pelajar terbaik SPM untuk tahun tu. perghhhh, perasaan dalam hati teruja sangat.
rasa berbaloi usaha pegi sekolah selama ni.

lepas dapat result tu, aku pon keluar la pegi carik abah aku kat luar kawasan sekolah.
Aku bajet buat muka sedih. Slow2 aku jalan menuju ke arah abah yang tengah bz berborak.

Abah : Hah, amacam??
Aku : Sorry abah.. dapat 4 A je...
Abah : Jadi lah tu.. kan dah usaha (muka hampa)..

Muka abah macam sayu. Haish. Rasa bersalah pulak tipu abah. niat aku nak bergurau je pon.
And then..

Aku : Abah. Julie gurau je. Dapat 9A lahh. tapi english dapat B. hehehe. (muke eksaited gelak2)

Tak aku sangka lepas tu abah aku nangis. iye. MENANGIS. ABAH MENANGIS. ohoii.
ni 1st time aku tengok abah nangis wei. tak pernah lagi seumur hidup  aku sebelum ni aku tengok abah nangis.

Abah cakap dia happy sangat dapat tahu anak dia dapat title best student.
Berbaloi titik peluh dia cari rezeki hantar pegi sekolah.
Aku pon nangis masa tu. Satu kepuasan bila dapat buat abah dan mama bangga.
Tak dapat nak balas jasa mereka dengan wang ringgit buat masa sekarang.
Cuma boleh tunjuk effort dalam pelajaran je.

Haishh. Such an unforgettable moment.

Hari esok bakal menyaksikan sejarah akan berulang.
Berulang ke atas insan2 lain yang mengambil  result SPM mereka.
Masa tu lah dapat tengok ramai yang menangis.
Sama ada parents yang menangis.
Ataupun students yang menangis.
Puncanya cuma dua, result cemerlang. Ataupun result ke laott. hehe

Akhir kata, selamat berjaya adik-adik yang lahir tahun 1994 ye. Termasuklah adik aku, Yusniza Zulkilee. Apa jua result adik-adik semua, redha lah. tu hasil usaha anda sendiri. Man jadda wa jadda (barang siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya)  ^,^

Saturday, March 10, 2012

Dua puluh satu

Assalamualaikum.



Beberapa hari yang lepas, genap umur aku 21 tahun. Aku sambut hari tu dengan sederhana. Agak kelam-kabut sebab pada waktu tengahari aku ade presentation ETR, nasib baek smue berjalan lancar je.

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ni.

Terima kasih buat Mama dan Abah, jasa Mama dan Abah tak terbalas dengan wang ringgit. Julie hanya mampu doakan yang terbaik buat Ma dan Abah.

Terima kasih buat kawan-kawan atas birthday wishes dan ingatan korang. Walaupun bz, korang still luangkan masa keluar makan sama2 time birthday aku. Happy bila korang nyanyi lagu birthday ramai2 untuk aku. Rasa nak nangis time tu. Aku appreciate sangat :)

Terima kasih Nurul Husna Baba sebab belanja lamb chop and apple kasturi asam boi, it was delicious lah bestie! nanti belanja lagi lah! hehehe

Terima kasih lagi sekali sebab kau dan Ayuni Ayuna sudi belikan kek blueberry untuk aku. Terharu ;(

Terima kasih buat gula-gula hati, Mohamad Thakib Radzali for the lovely outing last monday. I heart you bie!

And terima kasih untuk korang semua yang sedang baca entry ni. muahx~

Umur dah menginjak 21. Fikiran semakin matang. Cabaran hidup semakin berliku. Masa di dunia semakin singkat. 

Aku tak tahu apa yang bakal terjadi hari esok. Cuma berharap Allah akan berikan petunjuk dan bawa aku ke jalan yang diredhai sebelum nadi aku terhenti. Ameen Ya Rabb.

Till then, take care peeps. 

Wednesday, February 1, 2012

Pilihan dan dilema

Assalamualaikum. 

Blog yang kosong tanpa entry, sekosong jiwa aku saat ini.
Aku tak kesah kalau tiada yang membaca bait-bait penulisan aku di blog.
Tujuan aku menulis hanyalah untuk berkongsi rasa.
Tapi kalau ada yang sudi membaca, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan.
Aku bukan penulis tegar.
Namun pabila tikanya aku rasa sunyi tiada teman bercerita,
blog inilah tempat yang aku tuju.

Dalam kehidupan yang sekejap cuma ini, kita akan mengalami pelbagai perkara yang membantu mematangkan diri kita.
Dalam kehidupan juga, terlalu banyak perkara yang memaksa kita membuat pilihan.
Dilema itu selalu hadir bersama-sama pilihan yang harus kita lakukan.

Kadangkala, pilihan yang diambil membuatkan kita gembira, tapi kadangkala ada juga pilihan yang kita ambil membuatkan kita menyesal di kemudian hari.
Kadangkala, pilihan itu menyakitkan  hati aku. tapi aku tahu, di sebalik kesakitan tersebut, Allah menyelitkan hikmah di sebaliknya.

Sebagai seorang penganut agama Islam, aku berserah kepada Allah yang Maha Esa. Keputusan yang aku buat, terutamanya berkaitan perkara-perkara penting dalam hidup aku, selalunya aku dahului dengan doa, memohon petunjuk daripada Allah supaya bantu aku membuat keputusan yang betul. Dan akhirnya pabila aku yakin ianya tepat, aku capai satu konklusi yang membawa aku sehingga kini.

Malam sudah berlabuh, tapi kepekatan suasana hitamnya dan keempukan tilam langsung tak dapat menggoda aku untuk melelapkan mata. Fikiran aku berkecamuk memikirkan hari esok, lusa dan masa depan.

Pengajian diploma aku hampir tamat tempohnya. Pejam celik dah 3 tahun aku di Jengka. Aku mahu meneruskan pengajian di peringkat ijazah pula, tapi persoalannya, di mana? Dilema antara persahabatan dan keinginan diri. Ikut kemahuan aku mahu mencuba nasib di tempat lain selain Jengka, mahu merantau cari pengalaman kata orang. Tapi apabila difikir-fikir, sayang mahu meninggalkan kawan-kawan yang mahu meneruskan ijazah mereka di sini.

Itu baru perihal pengajian, tidak termasuk dilema lain lagi. Bingung. Masih bingung. Biarlah, aku harap Allah akan memberi petunjuk kepada hamba-Nya yang lemah ni.

Apa jua pilihan dan dilema yang kita hadapi dalam hidup, fikirlah semasaknya sebelum membuat kata putus. Jangan pernah lupa yang Allah itu sentiasa di sisi. Walaupun di saat orang lain menghindari kamu, Allah masih setia menanti.




muka sangat serius =,=

Friday, September 16, 2011

9 Words Women Use (and Men Need to Know)

1) Fine
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2) Five Minutes
If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3) Nothing
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

4) Go Ahead
This is a dare, not permission. Don’t Do It!

5) Loud Sigh
This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot
and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

6) That’s Okay
This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That’s okay means she wants to think long and hard before
deciding how and when you will pay for your mistake.

7) Thanks
A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you’re welcome. (I want to add in a clause here – This is true, unless she says ‘Thanks a lot’ – that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say ‘you’re welcome’ . that will bring on a ‘whatever’).

8 ) Whatever
Is a woman’s way of saying F– YOU!

9) Don’t worry about it, I got it
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This
will later result in a man asking ‘What’s wrong?’ For the woman’s response refer to #3.

p/s: I'm not the original author of this 9 Words Women Use article, I do not own anything, just wanna share it with u guys. Cheers :)

Tuesday, September 13, 2011

PERIHAL KAWAN.


"Berkawan biar berjuta, bercinta biar beribu, berkahwin biar satu"  - Julietma Gandhi (bukan nama sebenar)
Assalamualaikum.

Baiklah. abaikan quote merepek di atas kerana kewujudannya cumalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dgn yg masih bernafas, ataupun yg sesak nafas a.k.a semmmputttt (ala-ala Sepah Maharaja Lawak) atau juga yg sudah menghembuskan nafas selama-lamanya. 

Aku ade bende nak sembang dengan kau org malam2 bute nih. open table jommm. anggap sahaja kita di warong hujung kampung sambil menikmati kopi janda ditemani bunyik cengkerik okeh? aelah, mentang-mentanglah aku duduk uitm tepi hutan, dah nak batak dengan bunyik cengkerik. heheh. oryteee. untuk pengetahuan am korang, aku memang seorang (xkan la 2 org pulakk en) yg gila online. merujuk kpd kamus Julieford Fajar edisi 2011, gila online ditafsirkan sebagai:

"sifat seseorg atau seseekor (mungkin) yg sentiasa mengonlinekan diri di laman2 web sooooSIAL. eh ehh. terpanjang harkat pulak. i mean laman web sosial. pagi online. tghri online. ptg online. mlm pon online. xreti2 nak tido ke?" 

Perghh. ganas kamus nih, satu dalam dunia. try pi carik kat KINOKUNIYA klcc nuh, xkn jumpe punyee. aku sorang je adoo wei :)

Berbalik pada topik kawan, aku memang suke berkawan dgn sesiapa sahaja yg boleh dijadikan kawan. aku repeat,  boleh dijadikan kawan. bukannye lawan eh. so untuk menambah friendlist yg xseberapa dlm hidup aku, aku pon mulelah berjinak2 dgn laman web sosial. Semenjak dari form 3 aku dah mula menceburkan diri dalam bidang online2 nih.aku bermula dengan friendster. tapi sgt lahh bosann bai. xtahan lama. aku clash dgn friendster dan meninggalkan ia terkontang-kanting kerana lupa ingatan terhadap kata laluannya. kemudian beralih pula kepada myspace. aku sangat sukaaaa mespes nih satu masa dulu, sbb kononnye mespes lah paling canggih tyme tu. biasalahh. budak-budak baru nak naik...

Tapi, itu cerita lima tahun lepas. sekarang umur aku dah doploh taon. yeah, i knowww. ramai ckp muka aku nmpk cm doblas taon. HAHA. percaya ke? jgn terpedaya dgn penipuan aku okehh. dan beberapa bulan yg lepas, setelah hampir setahun lebih aku tak bukak mespes kerana membizikan diri yg sememangnye x bizi dgn fesbuk, aku teringin nk on mespes aku. tapi poblemnye xingat password! hadoyaii. lepas percubaan kali ntah ke berapa puluh, baru la mespes itu berjaya dibukak dan terpampanglah homepage mespes yg sekarang ala-ala fesbuk tapi masih lembab kalah sipot sedut seperti dulu untuk loadingnye. cett.

Sedihnye tgk mespes. kesian TOM. suasane mespes sunyi sepi mcm dkt tanah kubur kott. dalam ramai2 kawan dlm list aku, cuma ade 4 org yg online. tapi sorang pon aku x kenal. ignore je laa. friends request masih ade. notifications pun berderet. malas ahh layanggg. aku teros bukak comment2 lama kt profile and pictures. misi utama aku, nak jejak balik kawan2 lama kat sane.

tapi sayangnya...

mereka dah inactive kt mespes.. dah lari ke fesbuk kot.

rata-ratanya, status terakhir yg mereka post adalah pd tahun 2010. ada juga yg dah delete account  -__-

tapi untungnya...

ada dalam kalangan mereka yg meninggalkan e-mail fesbuk untuk di-add oleh sebab ketidak aktifan mereka di mespes! haha. bagos!

And salah seorang drpdnya, namanya Amirul Asyraf . I call him Aerul. happynye bila dapat jejak balik kawan mespes! aku pon add laa dia kat facebook. and dye approve. borak punye borak, wahhh, seronok! banyak cerita aku sembang dengan dia. rase mcm dah lame gila kenal. padahal masing2 tak ingat dulu pernah kawan kat mespes. eheh -___-

meet aerul :)
Aerul ni rugby player. tengok body la en, tough tuhh. dia maen rugby since umor seploh taon lagi. now he's twenty. unfortunately, baru-baru nih dia punye tulang ankle patah and dia dah tak boleh maen rugby dah lepas nih. memang sedih, kesian kat dia. aku cuma mampu doakan dia cepat sembuh.. now dia dah boleh jalan tapi still pakai tongkat. xpe, xpe. slow-slow recover okeh? hope ur new semester at KLMU berjalan lancar. good luck dude! Aku nak cerita panjang lagi pasal aerul, tapi takot nanti gf dia jeles pulak! ahaaa. gurau je.

Alryte. itu sahaja harini. thanx for reading. take care guys!


Sunday, July 31, 2011

TIPS KEJUTKAN ORANG BANGUN SAHUR


Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan! Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kita diberi peluang untuk menginjakkan kaki ke bulan Ramadhan lagi pada tahun ini. bertuah sangat kan kita ni? Ramadhan dikenali sebagai bulan pesta ibadah. Pahala berganda-ganda. setan bertanduk smue kene gari. Cuba korang bayangkan, saudara2 kita yang meninggal dunia sebelum Ramadhan tiba, siapa sangka Ramadhan tahun lepas adalah Ramadhan terakhir untuk mereka. siapa sangka selepas ini giliran kita menyusul pulak kan? Al-Fatihah untuk mereka, dan jadikan ini satu peringatan buat kita :) Btw, masa blogwalking td aq terjumpa satu entry menarik nih. saje nak share ngan korang. nmpak cm menarik..CARA NK KEJUT ORG BERSAHO je padahal pon! hehe.





lena bebeno. haishh


kalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond
tp kalau still tak effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit
tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe


Mak aihhh. 2 cara yg last tuh creepy btol. haha. Selamat bersahur guys ^,^

Thursday, May 5, 2011

practice makes perfect

ASSALAMUALAIKUM w.b.t. and HYE GUYS.

i am sleepy now. but i miss my blog. so i took a lil time to write this piece of post. there's a long gap since my last post ayte? i'm so sorry, lately i was busy preparing for my exams and i 'm relieved cz i had finished my last paper on 1st may. actually i love to write. yes, i do. i started to learn on writing during my childhood, in primary school. i've been taught to write an essay since i'm in standard two, which means i was 8 years old on that time. but as a kickstart, i've been taught to write an essay in Bahasa Melayu, not english. haha. i always score high marks for essays in BM but english is hard for me, seriously. cz i was born in a family that are using BM as a main language and my family members are not fluent in english. that are the reasons why my english was very weak, and i start to learn everything from zero. i took my own incentive to learn and learn english till i'm able to talk and write in english. eventhough i know that the grammar is messy here and there, but who cares? at least i tried to improve it. so for malays out there who are not confident to use english, don't worry and don't give up, try to apply english in ur daily life and keep on learning. do believe that PRACTISE MAKES PERFECT.

Monday, April 11, 2011

SEKADAR DI PINGGIRAN

Assalamualaikum and salam sejahtera..

hm. mcm kenal je kan tajuk entry post tu. hehe. ini mmg tajuk lagu francesca peter. lagu ni faymes sekitar tahun 90-an and pernah jadi lagu tema untuk drama kat tv.. tapi aq x bermaksud nak ajak korang karaoke pulak kat blog aq ni kan. cuma aq nak nukilankan sesuatu berkenaan "sekadar di pinggiran" sebab ayat ni mmg betul2 kena dgn aku. xpaham lagi ke? okeh. i'll explain further..



Pernah tak korang rasa sekadar di pinggiran apabila bersama ngan seseorang yang korang syg?
Itulah ape yg aq rasa sekarang.. Aq selalu terjerat dalam situasi macam ni. bukan sekali, tapi dah berkali-kali. bukan dgn seseorg, tapi ramai org. semestinya hal ni melibatkan hati dan perasaan. pendek kata melibatkan CINTA. tahu tak ape makna sebenar cinta? Cinta Itu Nikmat Tapi Awas. Definisi cinta yg paling melekat dalam minda aq sehingga ke hari ini. Cinta itu luas, subjektif. cinta yg aq sedang bicarakan sekarang adalah cinta sesama insan. antara kaum adam dan hawa. aq cuma manusia yg lemah, tak mampu nak mengelak apabila Allah s.w.t. mencampakkan rs cinta tu dalam hati aq. tapi malangnya, sehingga hari ni, aq hanya sekadar di pinggiran. Tak pernah pun cinta tu benar-benar jadi milik aku..


Setiap kali aq ade perasaan suka kat seseorg, mmg xde luck.. kalau aq try approach seseorg tu pun, tak mungkin aq akan jadi milik dia dan tak mungkin dia akan jadi hak aku. sebab. BARRIERS. yes. mcm2 barriers. dalam bahasa melayunya, halangan. dan endingnye, aq dah dapat jangka. aq cuma akan jadi sekadar di pinggiran. dia cuma akan cari aku bila ada keperluan, bila mana dia rasa bosan berseorangan, saat2 baru putus dgn gf dan saat dia rasa memerlukan seorang teman. itulah namanye SEKADAR DI PINGGIRAN. sinonim bagi melukut di tepi gantang. kan?


Mana pergi dia bila saat aku hiba, bila aq perlukan seseorg sebagai teman bicara, bila aq ingin berkongsi gembira...? Aq pon xpaham kenapa wujud org cmni dalam dunia. sekejap contact, sekejap x. tup2, call or mesej balik.. igtkan sbb ape.. dia call or mesej bukan bertanya kbr. tapi setakat nak mintak share kredit lah. ajak teman beli brg lah. pinjam duit and so onnnnnn. damn! come on. aq bukan anak patung. dan sesiapa yg pernah buat mcm tu, korang bukan NAVIGATOR aq ye. bukan penunjuk jalan untuk aq ikut telunjuk kau sesuka hati. please. aq bukan tempat untuk kau sandarkan di waktu susah sahaja. aq xnak dan aq BENCI dianggap begitu. CONSIDERATION sgt perlu disini. dan untuk ex aq, maaf. bagi aq, ape yg dah putus, tak perlulah disambung semula. sebab, Allah da bagi petanda yg kita mmg takde jodoh.. Dulu pun ko yg tak nak aq, jgn datang meminta sesuatu yg mustahil. jgn jilat ludah kau semula. taw?


Aq tak nak jadi sekadar di pinggiran. aq nak jadi suri dalam hati seorang lelaki. ye. cuma SEORANG. tapi sampai bila aq harus menunggu kalau setiap lelaki yg datang tu cuma sekadar nak jadikan aq tempat persinggahan? aq pun tak mampu menghurai jawapannya. tapi setiap kali aq tersalah pilih, aq selalu beringat bahawa Allah akan temukan kita dengan beberapa org yg salah sebelum menemukan kita dengan org yg betul sebab Allah nak kita ambil pengajaran drpd org yg salah tu.. so aq mesti sabar menanti.. walaupun sekarang aq teringin nak bgtahu seseorg ni yg aq dah terjatuh hati kat dia, tapi aq rs baik aq diamkn saja. biarlah aku pendam sendiri. aku pernah meminati seseorg selama bertahun2. tapi akhirnya aq mengalah. tapi kali ini aq nak cuba lagi. tak salah kan? mn tahu ade luck... hehe. jgn jadi sekadar di pinggiran tapi jadilah permaisuri yang bertakhta di hati org yg korang sayang :)

Saturday, December 12, 2009

tektik cover malu paling berkesan


1.kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebalik nyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bgn bila takde org nampak..
2.kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali- kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...
3.kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...
4.kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangkaanda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan...
5.kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda...
6.kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda.. kalo takde..baring terus sampai mlm
p/s: just for laugh. hoho

Monday, September 14, 2009

olaa....

Salam...erm.1st tyme wt blOg..
nOt much 2 write cz lm pale ng pk sl test j(xtually xcgt pOwn.mOre On muh new bf.hik3)
nextyme r aQ cte byk3 cz skunk ng tgu lctrer..
n 2k spend ms smntre tgu lctrer 2,On9 r..pe ag??..
Owyte.daaaaaaaaaaa