Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Coretan dari Gunung Rajah dan Fraser's Hill

Assalamualaikum. 

Pengajian diploma sudah tamat tempoh. Aku dah merdeka! wohoo. Result belakang kira. Yang penting aku dah cuba jawab sebaik mungkin soalan exam. Walaupun last paper macam gampang. Siapa lah yang wujudkan subjek audit, subjek paling gampang. haish.

Bukak topik pokok. Aku nak kongsi satu pengalaman emas. kenapa emas? bukan perak, gangsa, atau besi? Sebab orang cakap emas tu berharga. Pengalaman yang aku lalui minggu ni, tak mungkin luput dalam kotak memori.

2 hingga 4 April 2012, tarikh keramat. Aku pergi daki Gunung Rajah, lokasi di Bentong, Pahang. Siapa yang belajar Kajian Tempatan mesti pernah dengar nama gunung ni. Dengan ketinggian1685 meter (5526 kaki), bukan mudah nak tawan gunung ni. 5 April pulak, aku melawat Fraser's Hill.


Di pertengahan perjalanan menuju ke puncak. Pose dulu :)


Aku cuba tuliskan dalam bentuk notes supaya korang mudah baca dan tak bosan ye.

1. Hiking memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Seminggu before hiking, jogging lah. carik stamina. Tapi aku sempat jogging 2 hari je. pffft, pemalas!

2. Pada 2  April, aku ambil bas gerak dari Pekeliling, KL dengan girlfriends yg join mendaki sama pada pukul 8.30 pagi. Sampai di Bentong lebih kurang pukul 10 pagi. Breakfast kat kedai makan kat stesyen bas tu juga. Nasik goreng dengan teh tarik RM 2.50. save budget!

3. After makan, kami pergi Pasaraya TF apekemende namenye utk carik barang2 keperluan mendaki yang masih tak lengkap. Barang2 lagi kurang lagi bagus, ringan siket bag. Bagi korang yang first time hiking, antara barang penting kena bawak adalah :

- Kasut getah. biasa harga RM 8.00. sangat bagus kalau guna untuk mendaki hutan hujan sebab tapak mudah cengkam.
- Slipper
- Personal First Aid kit ( includekan salonpas, nnt sakit otot tampal je salonpas bebanyak. ubat sakit perut jgn lupa)
- Sleeping bag
- Baju hujan ( boleh guna sebagai pengganti telekung juga untuk perempuan)
- Stoking panjang (bawak banyak, spare)
- Chocolate bar, gula2
- Pisau serbaguna
- surah Yaasin (pelindung diri)
- Insect repellant and sunblock (untuk yg menjaga kulit)
- Glove ( supaya dapat lindungi tangan)
- wet tissue ( multi function. nak basuh berak pon senang. haha )
- Air masak, energy drink and glucose (belilah glucose yg mahal siket dan ade perisa, baru berselera nak minum)
- T-shirt hiking ( tak perlu banyak, rotate gune untuk byk hari pon xpe)
- Berus gigi dan ubat gigi
- Torch light
- Sweater ( penting ni, kalau sleeping bag basah, bole selimut pakai sweater)
- Tupperware dan cawan
- Deodorant
- Pakaian tdo
- Plastik. banyak2 pon xpe

4. Kalau nak bawak handset dan kamera, bawak yg cikai2 je. bungkus dalam plastik. jangan jadi macam aku, handset ngan kamera jahanam tercelup air sungai. Haihh. One more, tak payah nak gedik2 kat hutan. Tak sesuai langsung der.

5. Sebelum hiking, buat senaman warm up and baca doa mintak perlindungan Allah. Betulkan niat. kami mula mendaki pukul 2.30 petang. hujan renyai2 masa  tu. Cuak. Starting sahaja jalan dah mencanak. lelah dibuatnya. Perjalanan merangkumi perkampungan Orang Asli, lereng bukit yang curam, tanah2 lembik, jalan kayu balak, sungai2, dan air terjun yang cantik.

6. Perjalanan sangat mencabar sebab beg berat gilaaa. Banyak bergantung pada dahan dan akar2 pokok untuk berpaut. banyak kali jugak aku terjatuh, calar dan lebam tu biasa. aku banyak kali berhenti, lenguh kaki, pinggang dan bahu. Peserta lelaki jalan sangat laju, untunglah stamina dorang kuat. Selangkah diorang, dua langkah aku. Terpaksalah berjalan juga walau kaki lenguh. Nasib baik Ayep dan Naz sudi exchange bag dorang yang lebih ringan dengan aku. Sayang korang :)

7. Aku rasa dalam trip macam ni, perlu ade team mate yg ala2 Fadzilah Kamsah. sebab boleh jadi motivator untuk ahli2 lain. Seriously. nasib baek ade Irsyad. ayat dia " LAGI 5 MINIT NAK SAMPAI DAHH '', and '' SIKIT JE LAGI, SIKIT JE LAGI NAK SAMPAI '' tu buat kitorang rase tak putus asa nak daki gunung ni. and ayat dia tu walaupun paling tak boleh percaye (5 minit dia maknanya 5 jam lagi lahh), at least dapat buat kitorang punye semangat berkobar2 sebab psycho en. ayat tu jugak buat kitorang tergelak2 dan akhirnya jadi bahan untuk dimenganjingkan. hahahaha.

8. Dekat hutan, kami solat secara qasar dan jamak. pada siapa yang tak tahu, google dulu cara2nya before pegi hiking.

9. Kami sampai dekat camp site Lata Naning lebih kurang pukul 7 petang. sangat best sebab camp site tepi sungai. senang nak amek air dan mandi. Minum air sungai tu rasenye macam air mineral. tapi kaler agak kekuningan laa.

10. Malam2 lepas makan lepak atas batu tepi sungai ramai2, berborak buat forum macam dekat warung kopi. sangat syok! merapatkan silaturrahim sesama peserta. Lagi best kalau dapat team yang sporting macam team aku ni. Sir Zul, Abg K, Abg Toi, Ayep, Aizat, Irsyad, Aman, Naz, Aya, Syana and Dira. semua kepala gila-gila. Layannn

11. 3 April. Second day hiking nak naik puncak walaupun tak bawak beg besar, lagi memenatkan drpd 1st day. Mencanak wehh. Paling bahaya bila daki batu guna tali. betul2 tepi gaung. Kalau terjatuh memang Innalillah. aku selawat banyak2 masa nak naik pakai tali tu.

12. Bila dah sampai puncak Gunung Rajah, sangat laaaaa sejuk! tapi puas hati. penat semua dah lupe. kabus agak tebal. Nikmat betul makan nasik goreng masakan Abg K dan minum hot lemon tea di situ. Tapi kami tak lama kat puncak, dalam setengah jam je. cuaca tak berapa elok. Hari hujan, kami mendaki turun dengan badan menggigil kesejukan.


Tu diaaaa. Puncak Gunung Rajah. kabus tebal. tapi view depan mata lagi cantik drpd dalam gambar.

13. Dah laa hari hujan, nak sampai ke camp site terpaksa cross river. air deras gilo. cross pakai tali. fuhhh. lagi satu babak ngeri kat sini. aku rase nak nangis tapi tahan je, dengan bantuan Abg K dan Abg Toi, kami semua selamat menyeberang tapi beg berisi barangan berharga habis lencun. Ni semua gara2 kami budak2 perempuan salah mengerti. Abg K, guide kami, dia suruh bawak brgn berharga naek puncak. kami ingatkan duit, kamera, enfon smue. tapi barangan berharga kat hutan maksudnya adalah makanan. Ni Irsyad yg cakap lah. Kan dah jahanam nfon n kamera aku. adeh. naseb, naseb..

14. Aku belajar resepi baru drpd Abg K, sardin masak kari. Pakai bahan2 instant je semua. Cili tumis instant, santan instant, sardin dalam tin. boleh la try masak kat umah. aaa. thanks Irsyad sebab kau tolong masak sayur ngan kari. nasib baek sedap! hehe

15. Kerjasama sangat penting. Jangan buat selfish dalam hutan. Tak bagus langsung. Aku beruntung sebab team mates semua ringan tulang.

16. 4 April. Bila otw mendaki turun, rasa sedih pon ade. Happy pon ade. Sakit pon ade. kaki dah kejang. tapi perasaan sayang nak tinggalkan gunung tu lagi kuat. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mendaki. haha. mungkin sebab tu orang Asli suke duduk kat hutan kot. sebab dorang nak menikmati keindahan alam setiap hari. Agaknye lah kan.

17. Ekspedisi tamat jam 3 petang. fuhh. lega bhai. Alhamdulillah, semua selamat.

Tu lah sedikit sebanyak coretan aku semasa berada di Gunung Rajah.. Selepas mandi manda dan sembahyang, kitorang gerak pergi makan pulak kan Bandar Bentong. Korang perlu ingat, kedai makan no. 7 ( aku tak tahu name ape, tp kedai masakan kampung ) makanan dia mahal! jangan pergi sana. geram aku, kaw2 tokey kedai tuh charge harga mknn kitorang.

Dah siap makan, kitorang separate dengan Abg K and Abg Toi kat sini. Aku and Jengkarians gerak pergi Fraser's Hill pulak. Sir Zulfikri belanja. Terima kasih banyak Sir! Ini first time aku jejak kawasan tu. Malam tido kat apartment tak de air cond pon tapi sejuk mengalahkan air cond. Aku terpaksa tido pakai sleeping bag. Iye, sleeping bag dalam bilik hotel, style kott!

Fraser's Hill sangat cantik, bandar ala2 English style. tapi bab kedai makan tutup awal sgt waktu mlm tu tak best. tak bole la lepak2 makan roti canai en. Pagi pulak kedai bukak lambat. pfftt. leceh. Tapi sempat jugak laa kitorang beli souvenier buat balik.

Mencapub depan rumah pencawang elektrik TNB. iye, blakang tu TNB weh, punye lah style bangunan dia.

Ape pon, ni merupakan antara memori terindah dalam hidup. Semasa hiking, kita boleh kenal siapa betul2 kawan kita. Boleh menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Boleh merasa kesusahan nenek moyang kita dahulu yang tinggal di pinggir sungai. Boleh rase kejang kaki. ehh, ahha. gurau je. malas exercise, kejang la jadinye.

Aku rasa ini adalah yang pertama dan terakhir aku hiking. tapi kalau rindu singgah di hati, dan punyai team sebagus team kali ini, mungkin aku akan pertimbangkan untuk pergi hiking gunung yang lebih tinggi. mane bole hiking gunung lagi rendah kann, jatuh aa standard aku. haha. berlagakkkkkk

Okey, thanks for reading. kalau ada pengalaman hiking, sudi2 lah share dengan aku ya. Till then, jaga diri elok2 ye semua :)

Thursday, October 27, 2011

daging lemak berkrim disukai ramai (amboi. tajuk. kelass kau nyahhh)

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang musim hujan(apa kena-mengena???). aku tengah cuti semester. and aku tak kerja. maka, badan pun semakin mengembang. sob3. so sad. kalau tak dah boleh kumpul duit untuk shopping sakan beli bra, panties, Libresse untuk next sem kan. erk. barang tak boleh lagi feminin ke?

Okey. aku memang gila shopping. so perlu kerja untuk dapatkan duit. tapi nak buat camane, takde transport nak kerja, so aku stay kat rumah flat tingkat empat milik keluarga aku je.
Apa aku buad sepanjang cuti? makan tido berak? of course lahh. tapi bukan semata-mata tu je.

Waktu cuti ni waktu terbaik untuk asah skill sebagai suri rumah. tahu tak amende suri rumah?
hah, suri rumah tu bukannye perempuan yang bernama SURI. dan bukan juga lisa SURIhani. kehkeh.
Suri rumah ni macam mummy2 korang la. Isteri yang menguruskan hal rumah tangga.
Layan laki, kemas rumah, basuh2 baju, masak2, layan anak n etc..

So, cuti ni aku byk buat kerja2 yang suri rumah buat. bezanya cuma aku takde laki.
haishh. bila lah orang nak masok meminang ni.. and aku takde anak.
konfem lah kan, tak kawen camne nak ade anak pulak?? anak tekak ado laaa.

By the way, kita masuk topik memasak nak tak? aku tak pandai mane memasak ni, tapi stakat lauk pauk tu boleh la thumbs up! ^^
aku suke memasak! sebab boleh makan. nyum nyummm.

Berkenaan tajuk entry hari ni, sebenarnya aku nak share satu resepi yang bagi aku awesome!
sebab.. resepi ni mudah dimasak, tak ambil masa yang lama dannnn (drumroll please)... sedap dimakan!
Buat perempuan2 yang tak reti masak kat luar tu, xpe, mulakan dengan menu ringkas macam ni.
lelaki nak masak pon bole, mesti awek kau caer nyahh bila dapat tahu boifie dia boleh memasak. naek saham kau!

Daging goreng kunyit nama dia. tapi bukan daging goreng kunyit biasa tu ehh, ini special punye!
kalau tak suka daging, boleh gantikan dengan ayam. tapi kalau daging lagi sedap nokk!
lemak berkrim disukai ramai. abang aku cakap rasa dia macam rendang. hihihi. kembang semangkuk -,-


 DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya:

500 gram daging lembu dihiris nipis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar/bawang merah (dimayang)
6 biji cili padi (ditumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu cuka
Garam, gula dan perasa.


Cara-caranya :

1- rebus isi daging. air jangan letak banyak, setengah cawan pun cukup.
2- angkat daging tu beserta air rebusan dia.
3- panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan serai hingga naik bau.
4- masukkan isi daging tadi. goreng dan masukkan serbuk kunyit. masukkan air rebusan daging sedikit demi sedikit.
5- letakkan garam, gula, cuka dan perasa. oh ya, kalau tak suka cuka, guna air asam jawa pon bole.
6- kacau hingga kering air dan bila daging dah empuk bolehlah angkat dan hidang! makan time :)


taraaaaa~ inilah hasilnya. makan dengan nasik panas, plus petai.
perghh, mak mentua lalu pon xperasan weh!


Senang gila kan? hehe. Selamat mencuba ^^

Sunday, February 13, 2011

HOLIDAY oh HOLIDAY


Hey heyy. today is sunday lah! cuti lagi.tapi cuti kat jengka mmg totally boring! xtaw nak buat ape, and xtaw nk pegy mane. end up, just duduk kat bilik menghadap lappy DELL aq je laa. alang2 ade freetime ni, aq nk cerita pasal aktiviti semasa cuti pertengahan semester 2 minggu lepas. mmg btol2 holiday lah! nk taw knape? haaa.. teruskan membaca oke :)


29 Januari (Sabtu)
Aq dengan Una (my bestie) naik bas metro pukul 8pagi untuk balik ke KL. ramai jugak org balik hari ni, berebut2 time nk naik van dari uitm ke stesyen bas td. tapi semalam lagi ramai, berduyun-duyun. xkesahla org laen, jnj aq dpt balik kan. hehe. nasib baik ade una, kalau x mst aq kebosanan sorang2 je dlm bas. tiap kali balik KL, mst dye teman aq. mmg kawan yg baik lah! love u! sesampainya kat pekeliling, ktorang xterus balik rumah. tapi pegy merayap dkt The Mall. Merayap dlm mall tu dengan mengheret luggage, n menggalas beg lappy mmg menyeksakan! sumpah aq xbuat dah pasni. sakit blakang ouwh -__-. Lepas penat jalan2 tu, ktorg singgah kat Secret Recipe. mmg aq da lame janji ngan una nk bawak dye mkn kat cni tapi baru kali ni dpt tunaikan! hehe. sory una, lmbat cket. so that day aq decide nk try tom yum spagheti n una makan prawn macaroni cheese! tambah dengan american brownies n cake baru, green tea baked cheese, wah lao weii, mmg best wa ckp lu! spesel untuk holiday je kann :) . tapi xtaw lah knape, aq rase cam xsihat harini. smpy umah je aq tros tdo. sedar2 mlm tu mama kejut, bdn aq panas. demam pulak :(






1 Februari (Selasa)
Lepas 3 hari demam n dah puas telan panadol, baru hari ni aq rasa sembuh cket. tapi batuk mmg teruk. suara sgt husky n rock lah! boleh ganty Ella taw. hurm. that's not the main point here, but the important is today aq outing dgn kwn2 skola cfield dlu. kire cam reunion laa kan. excited owh! lame xjumpe ex-cfieldians. ktorang decide nk gather kt sunway piramid. tapi yg malangnye, aq mengambil masa lebih kurang 4jam untuk sampai, lambat 1 stngah jam dari masa yg dijanjikan. OWEFUL! maaf la kawan2, aq xd kereta, nak pegy mane2 naek public transport je, mmg leceh and lembab. susahkan korg je tggu aq. btw, time yg kte spend tgk wyg, jalan2 n gelak2 mmg aq appreciate. seriously, i miss that moments! evendo xjumpe tmpat karaoke yg bajet, n xjd maen boling, aq xkesah. yg penting, dpt jumpe korang. fathin, naz, aifa, aliyah, aizu n pa'an, nextyme klua lg ok? then mlm tu aq pegy Mydin usj pulak, beli brg cket. balik dkt pukul 11mlm, mama dah tunggu kt bawah blok. naseb baek xkne bebel :)

























2 Februari (Rabu)
Aq xklua pegy mana2 harini sbb nk tunggu abah balik dari JB. abah aq kje kt sane, sbulan skali je balik rumah. mmg jaranglah dpt jumpe abah tp for me he's d best father in world! sgt sporting and paham aq. hmm. dah lame xmemasak, so aq nk prepare menu spesel la sempena abh balik tp bile bukak peti sejuk, "hah?? kosong??" alaaa. baru aq tringat, sbelum gi kje pagi tdi mama dah bgtahu lauk xd, nnt tghri baru mama pegy pasar. aq dduk umah flat tingkat 4, pnat btol trun naek tangge. disebabkan malas, aq suruh adik bongsu aq, Umi pegy kdai ntuk beli sardin. kesian abh, mkn sardin je laa. kdai runcit mane ade jual aym golek sekor kann. aq xdelah pakar sgt bab2 memasak, tapi kalau nak kawen tu, kire pas lah! boleh jd bini org dah! HAHA. aq masak sardin spesel, kentang sira berlada n kangkung belacan. sedap woo! tunggu punye tunggu, dkt maghrib baru abah sampai. sgt suke! HAPPY FAMILY at home ~.~






3 Februari (Khamis)
Family aq balik kampung, tinggal aq ngan adik Isha je kat rumah. org bujang wehh!! hehe. aq xfollow sbb ade assignment FAR. aduh.. leceh betul! lagipun, xmuat kereta.. nnt ble aq dah kje, kalau ade rezeki aq nak beli kereta besarrrr ntuk family aq. Insya-Allah.. lepas family aq bertolak ke kuantan subuh tu, aq tros bukak buku buat assignment. rajin la pulak an. tapi baru buat 1 soklan, dah mnguap. smbong tdo la, ape lg! tghari br bangon. 'breakfast' mkn megi jek. mls punye pasal. lepas kmas2 rumah n basuh baju, aq smbung buat assignment smpy siap. lega ^_^


4 Februari (Jumaat)
Bangun tghari lagi. aduh. xelok btol. org tua ckp mahal rezeki. tp nak buat cmne, aq xsedar bunyi alarm spongebob tu. smlm pon tdo lewat sbb pulun wat assignment. lepas zuhur aq siap2 nk outing. mao trun KL lah harini! aq klua dgn bestie aq dari zmn skola, faris. aiseh, makin putih la dye. mcm mat salleh. jeles aq. ktorang jumpe kt KL central n gerak same2 g Times Square. purpose aq kua ae ni nk beli camera and jeans Romp. mmg dah lame aq mengidam, alang2 biasiswa da msok, beli brg2 dlm wishlist lah kann. tapi kat TS aq xbli pon camera tu, aq beli jeans Romp jek. puas hati ouwh. mnde yg aq nak, aq dpt beli. cume terkilan sbb xdpt jacket kulit, ta de size :( . xpelah, laen kali.. next, ktorg pegy usha camera kat low yat plaza. survey punye survey, aq pon bli la digital camera yg seswai ngan bajet aq kann. kalau ikutkan hati nak sangat2 beli DSLR. tapi mahal nk mampos! kalau beli dslr, kopak lah aku.. makan megi je 1 sem nih. aq mmg suke tgkap gmba, n suke bergmba. sbb tu nak camera, sng. kalau ade hal nk gune, xperlu susah2 meminjam ng org. So, keinginan ntuk beli camera dslr tu terubat cket dgn adenye camera digital samsung :)






5 Februari (Sabtu)
Awal pagi ni, aq tersenyum simpul. sbb dpt dnga someone main gitar sambil nyanyi lagu ntuk aq. tapi on call lah, bukan depan mate. hehe. untuk U, thanx. i appreciate it so much. i hope u dpt jd musician 1 hari nnt. em. harini aq klua lagi. this time pegy The Mines pulak. nak bayar bil BEROKband celcom. mcm sial je kne sratus lebih. habis duit saye :( byk pulak caj tmbahan dye kenakan. ish. xpadan dgn line siput sedut btol! nk buat cmne, kalau xde berokband, xboleh la aq nk on9 kann. actually aq patutnye klua dgn someone tp xjd. so aq jln la pusing mines tu sorg2. ble lalu dkt TGV aq tringin nk tgk wyg tp xbest tgk sorg2. hurm. aq pon pk la sape kwn yg duk dkt ng mines yg aq bleh ajk tgk wyg same2. then aq tros call dye. ksian dia, aq kacao dye tdo kowt. tp naseb baek dye dtg tman aq. ktorg tgk cte The Green Hornet 3D version. gempak wa ckp lu! gmbar dye mcm nk terkeluar, rs nk pegang2 jek! hehe. 1st time tgk wyg 3D kan, sedikit jakun lah. n aq sangat suke Jay Chou dalam crite ni. maintain handsome jek! jatuh cinta beb! thanx untuk awk yang sudi teman saye :). petangnye pulak, family aq balik dari kampung. dorang nmpak penat. kesiannye.. and yg x bestnye, lepas maghrib abah terus siap2 ntuk balik JB. i'm not sure what happen, but something wrong wif my parents. i hope everything will be okay soon.. malam last kat rumah mmg sedih. rase xnak balik jengka. aq packing barang sambil borak2 ngan mama. mcm2 cerita klua. hehe. biasalah, perempuan kan. and mlm ni aq tdo ngan mama. sukenyee ^.^



























6 Februari (Ahad)
Cuti dah habis! ish. xpuas hati betullah. skejap sgt. pejam celik pejam celik dah sminggu. aq klua rumah awal pagi lagi sbb aq kne gerak naik public transport pegy pkeliling. penat taw. kne naek bas n train. mkn masa. btw, aq sempat singgah TS untuk beli nasik n shopping ala kadar. aq smpy pkeliling tepat2 pukul 12tghari. una dah tercegat tggu aq kt tepi bas. then ktorg amek seat and bus pon bergeraklah ke Jengka. Sayonara Kuala Lumpur (-____-)

THE END.



Mcm tu lah berakhirnya cuti pertengahan semester aq. tapi cuti ni aq rse fully utilised. mane x nye, asyik outing jek. sangat puas hati. sbb cuti semester aq sbelum2 ni, aq busy kje. xd masa nk klua. kalau cuti pun, mst buat taik mata je kt rumah. aishh. panjang betol celoteh aq. thanx kepada yg sudi membaca. i'm really appreciate it. occay. julga seyo (^_*)