Thursday, October 27, 2011

daging lemak berkrim disukai ramai (amboi. tajuk. kelass kau nyahhh)

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang musim hujan(apa kena-mengena???). aku tengah cuti semester. and aku tak kerja. maka, badan pun semakin mengembang. sob3. so sad. kalau tak dah boleh kumpul duit untuk shopping sakan beli bra, panties, Libresse untuk next sem kan. erk. barang tak boleh lagi feminin ke?

Okey. aku memang gila shopping. so perlu kerja untuk dapatkan duit. tapi nak buat camane, takde transport nak kerja, so aku stay kat rumah flat tingkat empat milik keluarga aku je.
Apa aku buad sepanjang cuti? makan tido berak? of course lahh. tapi bukan semata-mata tu je.

Waktu cuti ni waktu terbaik untuk asah skill sebagai suri rumah. tahu tak amende suri rumah?
hah, suri rumah tu bukannye perempuan yang bernama SURI. dan bukan juga lisa SURIhani. kehkeh.
Suri rumah ni macam mummy2 korang la. Isteri yang menguruskan hal rumah tangga.
Layan laki, kemas rumah, basuh2 baju, masak2, layan anak n etc..

So, cuti ni aku byk buat kerja2 yang suri rumah buat. bezanya cuma aku takde laki.
haishh. bila lah orang nak masok meminang ni.. and aku takde anak.
konfem lah kan, tak kawen camne nak ade anak pulak?? anak tekak ado laaa.

By the way, kita masuk topik memasak nak tak? aku tak pandai mane memasak ni, tapi stakat lauk pauk tu boleh la thumbs up! ^^
aku suke memasak! sebab boleh makan. nyum nyummm.

Berkenaan tajuk entry hari ni, sebenarnya aku nak share satu resepi yang bagi aku awesome!
sebab.. resepi ni mudah dimasak, tak ambil masa yang lama dannnn (drumroll please)... sedap dimakan!
Buat perempuan2 yang tak reti masak kat luar tu, xpe, mulakan dengan menu ringkas macam ni.
lelaki nak masak pon bole, mesti awek kau caer nyahh bila dapat tahu boifie dia boleh memasak. naek saham kau!

Daging goreng kunyit nama dia. tapi bukan daging goreng kunyit biasa tu ehh, ini special punye!
kalau tak suka daging, boleh gantikan dengan ayam. tapi kalau daging lagi sedap nokk!
lemak berkrim disukai ramai. abang aku cakap rasa dia macam rendang. hihihi. kembang semangkuk -,-


 DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya:

500 gram daging lembu dihiris nipis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar/bawang merah (dimayang)
6 biji cili padi (ditumbuk)
2 batang serai (ditumbuk)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu cuka
Garam, gula dan perasa.


Cara-caranya :

1- rebus isi daging. air jangan letak banyak, setengah cawan pun cukup.
2- angkat daging tu beserta air rebusan dia.
3- panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan serai hingga naik bau.
4- masukkan isi daging tadi. goreng dan masukkan serbuk kunyit. masukkan air rebusan daging sedikit demi sedikit.
5- letakkan garam, gula, cuka dan perasa. oh ya, kalau tak suka cuka, guna air asam jawa pon bole.
6- kacau hingga kering air dan bila daging dah empuk bolehlah angkat dan hidang! makan time :)


taraaaaa~ inilah hasilnya. makan dengan nasik panas, plus petai.
perghh, mak mentua lalu pon xperasan weh!


Senang gila kan? hehe. Selamat mencuba ^^

Wednesday, September 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : 2

final exam is around the corner. *sigh*

Friday, September 16, 2011

9 Words Women Use (and Men Need to Know)

1) Fine
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2) Five Minutes
If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3) Nothing
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

4) Go Ahead
This is a dare, not permission. Don’t Do It!

5) Loud Sigh
This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot
and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

6) That’s Okay
This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That’s okay means she wants to think long and hard before
deciding how and when you will pay for your mistake.

7) Thanks
A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you’re welcome. (I want to add in a clause here – This is true, unless she says ‘Thanks a lot’ – that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say ‘you’re welcome’ . that will bring on a ‘whatever’).

8 ) Whatever
Is a woman’s way of saying F– YOU!

9) Don’t worry about it, I got it
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This
will later result in a man asking ‘What’s wrong?’ For the woman’s response refer to #3.

p/s: I'm not the original author of this 9 Words Women Use article, I do not own anything, just wanna share it with u guys. Cheers :)

Wednesday, September 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : 1

Assalamualaikum.

Ini kali pertama aku buat entry Wordless Wednesday. so dah namenye pon first time, haruslah ade kekurangan siket an an an. dah tak jadi wordless sgt laaa. by the way, korang tahu tak Wordless Wednesday tu ape??

For those yang masih kabur2, xpe xpe. meh sini. Lemme tell u about it. WW nih sebenarnye, hari dimana blogger akan post gambar sahaja kat entry diorang. maybe ade tulis2 siket laa. tapi kalo xtulis pape pon tak pe! bak kate omputih, a picture is worth a thousand words. okehh. dah tahu maknanya kann. so, cube teka ape yang aku nak bgtaw korang melalui gambar di bawah?

hehe. selamat meneka. 





p/s: pssttttt. jawapan dia. _ _ _ _ _ _ _  in _ _ _ _. 


Tuesday, September 13, 2011

PERIHAL KAWAN.


"Berkawan biar berjuta, bercinta biar beribu, berkahwin biar satu"  - Julietma Gandhi (bukan nama sebenar)
Assalamualaikum.

Baiklah. abaikan quote merepek di atas kerana kewujudannya cumalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dgn yg masih bernafas, ataupun yg sesak nafas a.k.a semmmputttt (ala-ala Sepah Maharaja Lawak) atau juga yg sudah menghembuskan nafas selama-lamanya. 

Aku ade bende nak sembang dengan kau org malam2 bute nih. open table jommm. anggap sahaja kita di warong hujung kampung sambil menikmati kopi janda ditemani bunyik cengkerik okeh? aelah, mentang-mentanglah aku duduk uitm tepi hutan, dah nak batak dengan bunyik cengkerik. heheh. oryteee. untuk pengetahuan am korang, aku memang seorang (xkan la 2 org pulakk en) yg gila online. merujuk kpd kamus Julieford Fajar edisi 2011, gila online ditafsirkan sebagai:

"sifat seseorg atau seseekor (mungkin) yg sentiasa mengonlinekan diri di laman2 web sooooSIAL. eh ehh. terpanjang harkat pulak. i mean laman web sosial. pagi online. tghri online. ptg online. mlm pon online. xreti2 nak tido ke?" 

Perghh. ganas kamus nih, satu dalam dunia. try pi carik kat KINOKUNIYA klcc nuh, xkn jumpe punyee. aku sorang je adoo wei :)

Berbalik pada topik kawan, aku memang suke berkawan dgn sesiapa sahaja yg boleh dijadikan kawan. aku repeat,  boleh dijadikan kawan. bukannye lawan eh. so untuk menambah friendlist yg xseberapa dlm hidup aku, aku pon mulelah berjinak2 dgn laman web sosial. Semenjak dari form 3 aku dah mula menceburkan diri dalam bidang online2 nih.aku bermula dengan friendster. tapi sgt lahh bosann bai. xtahan lama. aku clash dgn friendster dan meninggalkan ia terkontang-kanting kerana lupa ingatan terhadap kata laluannya. kemudian beralih pula kepada myspace. aku sangat sukaaaa mespes nih satu masa dulu, sbb kononnye mespes lah paling canggih tyme tu. biasalahh. budak-budak baru nak naik...

Tapi, itu cerita lima tahun lepas. sekarang umur aku dah doploh taon. yeah, i knowww. ramai ckp muka aku nmpk cm doblas taon. HAHA. percaya ke? jgn terpedaya dgn penipuan aku okehh. dan beberapa bulan yg lepas, setelah hampir setahun lebih aku tak bukak mespes kerana membizikan diri yg sememangnye x bizi dgn fesbuk, aku teringin nk on mespes aku. tapi poblemnye xingat password! hadoyaii. lepas percubaan kali ntah ke berapa puluh, baru la mespes itu berjaya dibukak dan terpampanglah homepage mespes yg sekarang ala-ala fesbuk tapi masih lembab kalah sipot sedut seperti dulu untuk loadingnye. cett.

Sedihnye tgk mespes. kesian TOM. suasane mespes sunyi sepi mcm dkt tanah kubur kott. dalam ramai2 kawan dlm list aku, cuma ade 4 org yg online. tapi sorang pon aku x kenal. ignore je laa. friends request masih ade. notifications pun berderet. malas ahh layanggg. aku teros bukak comment2 lama kt profile and pictures. misi utama aku, nak jejak balik kawan2 lama kat sane.

tapi sayangnya...

mereka dah inactive kt mespes.. dah lari ke fesbuk kot.

rata-ratanya, status terakhir yg mereka post adalah pd tahun 2010. ada juga yg dah delete account  -__-

tapi untungnya...

ada dalam kalangan mereka yg meninggalkan e-mail fesbuk untuk di-add oleh sebab ketidak aktifan mereka di mespes! haha. bagos!

And salah seorang drpdnya, namanya Amirul Asyraf . I call him Aerul. happynye bila dapat jejak balik kawan mespes! aku pon add laa dia kat facebook. and dye approve. borak punye borak, wahhh, seronok! banyak cerita aku sembang dengan dia. rase mcm dah lame gila kenal. padahal masing2 tak ingat dulu pernah kawan kat mespes. eheh -___-

meet aerul :)
Aerul ni rugby player. tengok body la en, tough tuhh. dia maen rugby since umor seploh taon lagi. now he's twenty. unfortunately, baru-baru nih dia punye tulang ankle patah and dia dah tak boleh maen rugby dah lepas nih. memang sedih, kesian kat dia. aku cuma mampu doakan dia cepat sembuh.. now dia dah boleh jalan tapi still pakai tongkat. xpe, xpe. slow-slow recover okeh? hope ur new semester at KLMU berjalan lancar. good luck dude! Aku nak cerita panjang lagi pasal aerul, tapi takot nanti gf dia jeles pulak! ahaaa. gurau je.

Alryte. itu sahaja harini. thanx for reading. take care guys!


Saturday, August 6, 2011

KENAPA TAK ROGOL SAYA???

Assalamualaikum.



feeling2 mcm arabian pulak aihh. -___-


Amacam semua, kenyang dah menghadap juadah berbuka tadi? tu xtermasok juadah moreh free kt mesjid lepas terawih kan kann? apapun rzeki yg kte dapat, bersyukur kepada Allah s.w.t sbb kita termasuk dlm golongan org beruntung. nasib kita jaoh lagi baek drpd org2 yg kelaparan di luar sana. ok2. xmo bebel panjang. skunk masok topik entry hari ni. knape aq ltak gmba diats? yeahh, pompuan berpurdah tu sbagai simbolik sbb entry ni pasal pompuan. kaum hawa. tapi lelaki2 juga bole bace baii. tak dop masalahnye. tadi mase aq on fesbuk, aq singgah page SRIKANDI2 ISLAM. terjumpa satu post menarik nih yg bertajuk "KENAPA TAK ROGOL SAYA???". perghh, kelasss. dah lame dah cte ni timbul, tapi aq nk share jugakk. cerita nih bukan cerita mintak diri dirogol ye. TIDAK SAMA SEKALI. eheh. then, nk tahu pasal ape? sila scroll ke bawah.


Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)


Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.




ALLAHUALAM. ALLAH MAHA BESAR. Sesungguhnya Allah sentiasa di sisi hamba2 yg mengingatinya.


Dan ini ada doa aq nak kongsi dengan kaum muslimah. muslimin pon bolee. :) 

DOA MENGELAKKAN DIRI DRPD DICABUL ATAU DIROGOL

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Till then, selamat menjalani ibadah puasa. take care ^,^

Sunday, July 31, 2011

TIPS KEJUTKAN ORANG BANGUN SAHUR


Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan! Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kita diberi peluang untuk menginjakkan kaki ke bulan Ramadhan lagi pada tahun ini. bertuah sangat kan kita ni? Ramadhan dikenali sebagai bulan pesta ibadah. Pahala berganda-ganda. setan bertanduk smue kene gari. Cuba korang bayangkan, saudara2 kita yang meninggal dunia sebelum Ramadhan tiba, siapa sangka Ramadhan tahun lepas adalah Ramadhan terakhir untuk mereka. siapa sangka selepas ini giliran kita menyusul pulak kan? Al-Fatihah untuk mereka, dan jadikan ini satu peringatan buat kita :) Btw, masa blogwalking td aq terjumpa satu entry menarik nih. saje nak share ngan korang. nmpak cm menarik..CARA NK KEJUT ORG BERSAHO je padahal pon! hehe.





lena bebeno. haishh


kalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond
tp kalau still tak effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit
tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe


Mak aihhh. 2 cara yg last tuh creepy btol. haha. Selamat bersahur guys ^,^